Wednesday, April 21, 2010

Seloka Menyakat !

Perkara-Perkara Yang Sukar Untuk Manusia Hindari………

Benci Membenci,
Mengumpat Mengeji,
Berhasad Dengki,
Iri Hati,
Khianat Mengkhianati,
Memuji Diri,
Pentingkan Diri,
Hidup Menyendiri,
Dan Yang Paling Sukar Ditangani………
Tersengih Gigi Menampakkan Gusi,
Pabila Melihat Kawan-Kawanya DIANIAYAI !
Ada Ke Kekawan Macam Ni ?

Sekiranya Terjumpa Manusia-Manusia Sebegini,
Jangan Berlengah Jangan Tunngu Dan Nanti,
Pakat Pakat Sebulat Hati,
Kepung Dari Segenap Inci,
Jangan Bagi Terlepas Lari,
Bungkus Ikat Tangan Dan Kaki,
Staple Mulut Sumbatkan Dalam Guni,
Tuang Petrol Nyalakan Api,
Biar Hangus Berapi-Api,
Tinggal Debu Dan Bara Api,
Terasa Puas Melompat Tinggi,
Hidup Senang Tak Diganggu Lagi,
Manusia Jalang Hidup Di Duniawi,

Tunggu Apa Lagi ?
Jom, Toleh Kanan Dan Kiri,
Depan Meja Belakang Kerusi,
Jengok Jengok Dalam Bilik VIP,
Mana Tau Ada Manusia Sebegini,
Mungkin Juga Yang Sedang Melayari Blog Ini,
Atau Sedang Kusyuk Membaca Seloka Murahan Ini,
Tepuk Dada Tanya Diri,
Adakah Anda Manusia Sebegini,
Ambil Cermin, Cerminlah Diri,
Kalau Benar Bagai Yang Diperi,
Tunggu Apa Lagi,
Jom Taubat Sucikan Diri,
Tuhan Itu Maha Mengampuni,
Tadahkan Tangan Memohon Diberkati,
Semoga Menjadi Manusia Sejati,
Insan Terpilih Lagi Terpuji,

Jom Ke Kedai Cermin !




wie.sukhihotu !

No comments:

Post a Comment