Friday, October 22, 2010

Roda-Roda Kehidupan .......

KITA berasa TERANCAM / TERGUGAT / TERCABAR apabila mengetahui orang lain memiliki apa yg kita tiada, mengetahui apa yg kita tidak tahu, berilmu tentang ilmu yg kita tiada, berkemampuan melebihi kemampuan kita, berharta melebihi harta kita.

Oleh sebab itulah, kita mula MENGEJI / MENDUSTA / MENFITNAH dan MEMPERLEKEH orang lain. Sebabnya hanya satu ... KEPUASAN HATI walaupun kita tahu hakikat yg hakiki. HATI KITA TAK TENANG dgn tindakan kita itu !

Senario .......... 1

Semasa memandu, kita melihat seorang lelaki muda / perempuan muda berkaca mata hitam dan bergaya bergaya memandu Toyota Camry 2.4cc. Manakala kita hanya tersorot dalam Proton Saga yang dah lusuh cc.

Memperlekehnya ......

" Ah, mesti PIM atau GRO, paling-paling mesti jual DADAH atau DADA !

Senario .......... 2

Semasa menghadiri kursus, kita menjadi pendengar kursus. Apabila penceramah yang lebih muda tampil dengan penuh keintelektualan berbanding kita yang penuh dengan ketuaan.


Memperlekehnya ......


" Ah, aku pun boleh kalau diberi peluang "
" Cakap senang, cuba buat nak tahu "
" Ah, mas muda dulu akupun bersemnagat macam tu, sekarang ? Tak mau dah eh ! "

Senario .......... 3

Kita melihat rakan kita membuka perniagaan dan memperoleh pendapatan yang lumayan. Hidup mula berubah dengan sekelip mata, daripada yang sama taraf dengan Proton Saga kita sekarang menggunakan Toyota Alphad.

Memperlekehnya..........

" Mesti duit TERSEPAK ( duit judi ! ), kalau tak. Mampus tak mampu "
" Jangan-jangan pinjam ngan along kot "
" Ah, bini / laki / mentua kaya, boleh la "

Senario.............4

Orang depan rumah kita, beli rumah baharu. Jiran kita beli kereta baharu. Pengasuh anak kita beli berbulan madu ke luar negara dengan isteri baru. Kenalan sekerja kita beli saham berpuluh ribu. Saudara kita buka kedai baharu. Bapa rakan anak kita beli BMW.

Memperlekehnya.............

" Akupun boleh, kalau mahu. Aku tak mahu je "
" Kalau mahu. Lama dah aku JADI MACAM TU ! "


Tahun demi tahun berlalu,
Kita masih begitu,
Seperti pada zaman dahulu,
Mengata, mengeji, mencemuh selalu.

Akhirnya,
Masih Proton yang dipandu,
Duduk di atas bangku kayu,
Penyewa tetap di rumah dulu,
Duit saham habis main KUTU,
Semua bank dah tutup pintu,
Jumpa along minta dibantu,
Akhirnya, cat merah di depan pintu.

Setiap tahun tambah anak lagi satu,
Umur dah tua kerutu,
Perangai masih lagi macam tu,
Anak berganti pengasuh baru,
Anak-anak juga begitu,
Ikut jejak Daddyku,
Tak dapat lari daripada belenggu,
BAGAIMANA ACUAN, BEGITULAH BENTUK KUIH BAUHULU !

wiesukhihotu !

Thursday, October 14, 2010

Ini Yang Aku Nak versus Apa Yang Kau Nak ?

Ini yang aku nak,
buatlah seperti apa yang aku nak,
buatlah sebagaimana yang aku nak,
usah pertikai apa yang aku nak,
aku akan pastikan aku dapat apa yang aku nak,
itu aku nak,
ini aku nak,
di situ aku nak,
di sini aku nak,
yang engkau aku nak,
yang aku, aku nak,

Apa yang kamu nak ?
buatlah seperti apa yang aku nak, kalau kau nak, apa yang kau nak.
buatlah sebagaimana yang aku nak, untuk pastikan kau dapat apa yang kau nak.
usah pertikai apa yang aku nak, kalau kau nak, apa yang kau nak.
aku akan pastikan aku dapat apa yang aku nak, persetankan apa yang kau nak.
itu aku nak, peduli apa yang kau nak,
ini aku nak, nyahlah apa yang kau nak,
di situ aku nak, apa yang kau nak ?
di sini aku nak, apa lagi yang kau nak ?
yang engkau aku nak,
yang aku, aku nak,
yang engkau nak, aku pun nak,

Kenapa semua yang aku nak, engkau nak ?
kenapa semua yang engkau nak, engkau nak ?
Kenapa tidak jalinkan.....
Ini yang aku nak dan apa yang kau nak,
Menjadi......
Inilah yang KITA nak,
Inilah yang KITA kehendak,
Kerana .......
Apa yang kau nak, memang itulah yang kita kehendak !
Apa yang aku nak, memang itulah yang kita kehendak !

wiesukhihotu !